Program Women Netpreneur 2022 merupakan program peningkatan kemahiran yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dan rakan penyedia perkhidmatan, Gorgeous Geeks. Rangkaian sesi bengkel yang berimpak tinggi ini menawarkan peluang kepada perusahaan mikro termasuk komuniti inklusif seperti golongan wanita, belia, B40 dan lain-lain untuk memanfaatkan teknologi eDagang dan dalam talian untuk membina dan meningkatkan perniagaan digital mereka.
Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan melengkapkan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan perniagaan digital, mengembangkan perniagaan sedia ada dan mencapai kejayaan menerusi platform digital dan eDagang.
Anda disyorkan untuk menyertai komuniti Women Netpreneur untuk “Belajar Bersama, Berjaya Bersama!”.
Sinopsis Program Women Netpreneur:
NOTE: Registration will close on 21 June 2022 at 3.00pm. Access link will be granted upon correct data registered