Women Netpreneur Julai 2022 [Sesi Bahasa Melayu]
Program Women Netpreneur 2021 merupakan program peningkatan kemahiran yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dan rakan penyedia perkhidmatan, Gorgeous Geeks. Rangkaian sesi bengkel yang berimpak tinggi ini menawarkan peluang kepada perusahaan mikro termasuk komuniti inklusif seperti golongan wanita, belia, B40 dan lain-lain untuk memanfaatkan teknologi eDagang dan dalam talian untuk membina dan meningkatkan perniagaan digital mereka.
Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan melengkapkan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan perniagaan digital, mengembangkan perniagaan sedia ada dan mencapai kejayaan menerusi platform digital dan eDagang.
Anda disyorkan untuk menyertai komuniti Women Netpreneur untuk “Belajar Bersama, Berjaya Bersama!”.
Sinopsis Program Women Netpreneur::
- Dengan sukacitanya, kami telah menjemput empat ahli panel dan penceramah dari syarikat Kumoten, Shoppymore, Rtist dan senangPay untuk berkongsi pengalaman mereka dalam membina perniagaan mereka.
- Ketahui cara untuk memulakan perniagaan secara atas talian, menangani cabaran, tips dan kunci sukses untuk meningkatkan jualan anda dengan mudah menerusi pemasaran digital.
- Pelajari cara untuk menjana pendapatan sampingan dengan dropship ke Lazada dan Shopee bersama Kumoten.
- Ketahui lebih lanjut faedah menjadi penjual premium Shoppymore dan memahami proses ‘onboarding’.
- Membina bisnes anda dengan penyumberan luar kreatif (creative outsourcing) dengan Rtist.
- Pelajari dari senangPay cara bagaimana anda boleh menambahbaikkan perniagaan.
NOTE: Registration will close on 26 July 2022 at 3.00pm. Access link will be granted upon correct data registered.